Friday, September 13, 2013

Punca Sebenar Terjadinya Jerawat

Salam semua, 
semalam saya ada update berkaitan supplement yang bersesuaian
untuk anda yang mengalami masalah
paru jerawat disini

Jadi hari ni saya ingin kongsikan pula punca-punca terjadinya jerawat.
Info ni sangat berguna untuk kita memahami kenapa
kita mendapat jerawat yang comel setiap bulan tu.. ^_^

Saya copy paste dari blog zuzila.com ea..

==============================

PUNCA sebenar terjadinya jerawat hanyalah 2 perkara dan tidak lebih dari 2 perkara berikut :

1. Pengumpulan toksik yang terjadi di dalam darah dan sistem limfa di mana hati (liver) gagal untuk menyahtoksik dan meneutralkan darah untuk dibekal ke sel-sel dan akibat ketidakseimbangan hormon.

Tidak begitu jelas ..begini… Bila kita bernafas atau makan ia akan mengumpul toksin. 



2. Hati akan bekerja keras untuk meneutralkan toksik-toksik tersebut. Bila anda alami sembelit, maka anda meletakkan hati pada situasi yang amat sukar untuk meneutral toksin-toksin yang terhasil, lalu akan menjurus kepada pengeluaran toksin ke kulit dan muka.

3. Akhirnya toksin yang berlebihan itu akan menyebabkan pengeluaran toksin ke kulit dan muka, akibatnya menjadi jerawat dan pelbagai masalah kulit. Hati (liver) bertanggungjawab untuk menyahtoksik darah yang datang dari kolon atau usus besar, paru-paru dan sistem limfatik. Bila sudah dineutralkan, darah tersebut akan bergerak ke seluruh tubuh. 

4.Darah yang dineutral itu akan membekalkan sel-sel dengan oksigen dan fungsinya untuk proses penghadaman nutrisi. Dan Hormon adalah berunsur kimia di dalam tubuh yang digunakan sebagai utusan di antara organ dan memberi isyarat untuk organ-organ tersebut bertindak apa yang sepatutnya.


5. Berbalik kepada jerawat anda.. hormone androgenic akan memberi arahan kepada kelenjar minyak di kulit untuk menghasilkan sebum atau minyak di kulit dengan kuantiti yang sepatutnya untuk “dikeluarkan” Jika hormone androgenic terjadi dengan banyak dan terapung di sekitar kelenjar minyak atau sebum, maka terjadilah “pengeluaran berlebihan” sebum atau minyak di kulit.


No comments:

Post a Comment